Sunday, June 17, 2012

This is it~

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah. Praise be to Allah .

dapat juga nak update blog about my life at CFS IIUM Petaling Jaya neh! huhu.
excited gila rasa .

First of all, mesti la nak cerita time daftar tuh kan? hurmm . memang ramai gila la orang! penuh tempat parking! penuh jalan nak masuk uia tuh. fuhhh! nasib baik datang awal. dapat la juga papa parking kat dalam uia. Then, kne ambil nombor giliran utk daftar tuh! saya nom 1175! gila lama tunggu. okeh tipu je. tak la lame mane. dalam 2 jam tnggu di bawah khemah yang trsangat pack and lemas kot! huhuhu.

my first impression about uia eh?
sebenar nya tak ada first impression pon sebab my sis dah cite smua bnda pasal kat uia! my bro pon. so, saya dah tak ada first impression! ahaks! pelik tapi benar.

perasaan?
bila masuk uia tuh, memang dah ada azam baru! iaitu, STUDY STUDY STUDY because of ALLAH! and of cause, saya nak jadi Muslimah yang betul-betul muslimah. Muslimah dari segi solatnya, pakaian nya, pergaulan nya, percakapan nya serta hubungan nya dengan Allah Taala~ In sha ALLAH. jika kita betul - betul nak ke arahNya, Allah akan permudahkan jalan ke arahNya! so, I'm trying my best! bukan senang untuk berubah. Perubahan memerlukan masa. Perubahan yang istiqamah.


ramai yang nak berubah

tetapi lupa apa yang nak diubah...
solatnya ke?
puasanya ke?
amalannya ke?
sikapnya ke?

maka tentukanlah dulu,
apa yang ingin diubah,
biar sedikit,
kerana perubahan itu bukan sehari dua,

andai kata dipanggil ilahi sebelum sempurna,
maka saksikan
bahawa kita pernah berusaha..
berusaha utk berubah..


tabah, cekal, dan mujahadah..

The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.

so. why don't we change at the 10th?


okeh.

How about my room? my roomates?

Alhamdulillah. saya dapat bilik tingkat 4! hahaha. memang kurus. naik turun tangga. oooppss. terlupa nak mention my mahallah. YEH! I'm one of the fair maiden in Mahallah Zainab Jahsy ! *nanti saya upload gambar erk*
How's cool is that? huh?

from left; me. yanie. syaza. ainaa.
and my roomates? yeayh! syukur skali lagi. sebab saya dapat roomates yang rocks! hahaha. sekepala semua. 409C memang gempak ah!  roomates terchenta aku from macam-macam negeri... Muliani is from Sarawak! jauh tak jauh kan? Syaza Hamnii? she's from Kedah. Fakhriah Nurainaa aka Mc Golok? she's from Terengganu! and me? I'm Kelantanesse. So, dalam bilik tuh memang kami cakap guna pelbagai bahasa. best ke best? walaupun baru kenal, kami memang dah rapat semulajadi. memang sayang ah korang!

but diaorg semua physical science and i'm the only one yang ambil biological sciences ;(  and i'm also glad that my schoolmates dapat same mahallah and level with me! senang nak lepak! eceh. hehe.

Ta'aruf Week?
oh yeah! TaWe is awesome! haha. penat gila. penat telinga duk dengar segala bagai BRIEFING! Cultural Night not bad la. and Welcoming Ceremony and Bai'ah also ohsemmmm! memang gempak gila la. hoho. Thanks to our Brothers and Sisters!  

Programme/Course?
Alhamdulillah! saya tersenarai dalam list 1 year programme. WHY? because of my English Placement Test (EPT) and Arabic Placement Test (APT) s' result. once again, syukur because I EXEMPTED EPT! no more english class! oh yeah! and as for APT, I kena masuk level 2 ! so, i've got to attend Arabic class for this semester only! oh yaeh! ahaksss! tak pack sangat la my schedule nanti. 

My Classmates? 

Alhamdulillah. once again, they are awesome! Seriusly, saya kagum dengan mereka. FYI, our class members are 28 students and we're SCIENCES! memang campur-baur ah. Medic, Dentistry, Nursing, BioSc, Allied Health Sc, Pharmacy... addition, ada TIGA brothers from Darul Quran (hafal 30juz) and they are medic students! Gempak tak gempak ? and YES! we're one BIG family ;) Bahagia rasa hidup. hehe.

a bit blurrr~ 

Lunch before Ramadhan at Ali Bistro^^



Don't turn your back on God, nothing in ife is guaranteed. but if you keep your faith , somethigs will be clearer than others.

Maka apabila kamu telah selesai (daripada sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain . ~ Al-Insyirah : 7


and I think, thats all for this entry! will write sooner or later~


Sunday, June 3, 2012

Doa kita pada Yang Esa

Assalamualaikum.


Yes! Today iz da day! Registration for iium students! *padahal aku update pukul 12.34 AM* Aiyok kembali ke sekolah! Aiyok! Harharhar. Terasa begitu semangat! Yes! Semangat berkobar-kobar dah nie! Yiipppiiiieee! Ooopssss. Alhamdulillah. Asal saya rasa entry saya kali nie banyak merapu ek? Kan..? Back to our topic la~~ Hari nie saya nak kongsi cerita lara sikit. Haha. Cerita yang ustaz saya pernah cerita kat saya and sampai sekarang saya ingat. Taddaaaaaaa~~~

cerita nya bermula begini, *ehem. Ehem. Ehem*

pada zaman dahulu, ada seorang pembuat tempe. Knal tempe? Tempe adalah sejenis makanan. Hehe. 
omomomomo.. tempe.

Si pembuat tempe nie akan jual tempe dy kat pasar. Selalu nya tempe dy nie kompen habis dijual. Memang laku la. Mantap best kot.

Pada suatu hari, si pembuat tempe nie buat la tempe. Macam hari-hari sebelum ny, tapi hari tu, tempe dy tak keras! Macam mana nak jual? Mana ada orang nak beli tempe cair or lembik? Dan masalahnya bukan hanya sehari! Malah berhari2 tempe dy tak keras. Si pembuat tempe nie pon berdoa pada Allah,

"Ya Allah, Engkau keraskanlah tempe ku ini"

Setiap kali solat, mesti si pembuat tempe akan doa benda yang same. Akan tetapi, tempe nya tidak keras2 juga. Setelah lama kemudian, datanglah seorang sahabatnya berkata,

"wahai si pembuat tempe, mungkin Allah tidak makbulkan doa saudara kerana itu bukan yang terbaik untuk saudara."

Maka, si pembuat tempe pun terus menukar doa nya,

"Ya Allah, Engkau berikanlah apa yang terbaik untuk hambaMu ini."

Setelah itu, datanglah seorang saudagar yang berasal jauh dari negera nya. Saudagar tersebut mencari tempe lembik/cair Untuk dibawa pulang kepada anaknya yang berada jauh disana. Maka, ketemu lah saudagar tersebut dengan si pembuat tempe dan membeli kesemua tempe cair/lembik itu. Katanya,

"aku ingin membeli tempe cair untuk anakku kerana apabila aku membeli tempe keras, maka cepat rosak lah tempe tersebut sedangkan rumah ku jauh di negara sana."

So, the moral value of this story is?



Kita haruslah berdoa kepada Allah dan selalu meminta apa yang terbaik untuk kita. Dan bukan apa yang kita inginkan.

Sebagai contoh, seorang calon spm yang mengambil 11 mata pelajaran selalu berdoa supaya diberikan 11A+ . Adakah dia tahu bahawa 11A+ itu terbaik untuk nya? TIDAK! Dia tidak tahu. Sebab Allah yang mengaturkan segala-galanya. Sebenarnya, tidak salah dia berdoa begitu tapi hakikatnya, dia akan keciwa jikalau tidak mendapat 11A+ ! oleh itu, sebaik-baiknya, berdoalah supaya Allah berikan apa yang terbaik untuk kita.

Coretan ini hanya lah sebuah cerita yang saya dengar dari ustaz saya dan saya hanya lah manusia biasa yang sudah pasti ada sedikit tokot tambah didalam cerita ini. Akan tetapi , inti pati cerita ini adalah membawa message yang sama sahaja. So, kalau saya ada tersilap dimana-mana, sila komen ya! Cerita ini adalah sebagai pengajaran untuk saya sendiri dan sedikit perkongsian ilmu.

Segala kelemahan itu datang nya dari diri saya sendiri dan segala kebaikan itu datang nya dari Allah Taala XD