Tuesday, December 18, 2012

This is Egypt =.=

Salam Alaiyk.


Alhamdulillah. I'm done with my mid module exam. APa macam? Gitu macam la. Saya tak suka komen after exam. Redha je. Usaha sudah. Jawab sudah. Tawakkal je la.


Don't worry too much. If it's meant to be, it will find it's way. In sha Allah Taala :)


And like I've promised. I'm going to write about my Life as one of Medical student at Alexandria University, Egypt. My daily routine. The surrounding and etc. One by one, oke?!

First,
My House? My housemates? My Neighborhood?
Err. I have 5 housemates including me . And sungguh saya cakap, hidup di rumah sewa memang terlampau banyak kena sabar. Banyak kena Redha. Dugaan and cabaran datang bertalu-talu. Sungguh :'(

Kami urus sendiri sewa rumah. Pergi cari Baba aka tuan rumah untuk bayar sewa. Then , kalau gas masak habis, kami kena call sendiri ambubah aka pak cik jual gas or tahan sendiri kalau ambubah tu lalu depan rumah. And kalau tak, kami terpaksa masak guna oven or ikat perut. Sungguh sadis. haha

Kami habis kelas pukul 4. Jalan kaki from faculty to my house almost 20 minutes. Sampai rumah dah nak dekat maghrib. Maghrib pukul 5 .And kalau it is your turn to masak, memang lelah. Kadang-kadang dalam kuliah fikir nak masak apa. Dah tak fokus dah kat doctor yang tengah bla bla bla. hahaha

Ada satu masa tuh, Kami diugut oleh orang arab yang minta duit bil elektrik. Padahal kami baru duduk rumah tuh 2 minggu, tengok-tengok bil elektrik 300 genih! Mana tak haru satu rumah. Senior cakap, maximum bil elektrik untuk a month pun dalam 60 genih je ! agagaga. Kami tak mau bayar tapi kami tak tau nak cakap macam mana because kami tak arif mana dalam arab amiyah neh. Arab fusahah oke la. Cakap english pun bukan diorang faham. Sungguh menguji kesabaran! Dia siap ugut nak potong elektik! ergghh =.=' Habis segala nombor fone senior dalam handset di'dial' ! Dengan harapan, "Bantu kami !"

Kami juga ditipu oleh orang arab yang datang minta duit bil elektrik and bil air. Padahal bil rumah atas, tapi disebabkan kami tak berapa arif arab neh, kami bayar je. Untung siapa jadi jiran kami kan! haha. Sedekah je la jawab nya :)

And of cause , INTERNET! itu adalah satu cabaran yang besar buat saya ! I think my time flied more on facebooking and tweeting ! peeeffitt ! Pernah sekali cable internet rumah kami kena potong dengan orang arab. Entah la apa benefit yang dia dapat after potong cable tuh =.=' . Oleh itu, kami terpaksa la keluarkan duit lagi untuk baiki . Egypt . Egypt . 

And, oh ya! Kami berjiran dengan nenek arab. Oh My Allah. Sometimes , she's oke. But always she's not. haha. Biasa la, bila ada foreigner berjiran dengan kita kan, macam-macam benda rasa tak puas hati. But I know that, she has a kind heart :)

My Faculty? My Lecture? My Lecturer?
Alhamdulillah. Pelajaran buat masa sekarang , oke la. Kami belajar dalam bahasa inggeris versi arab . Memang kena fokus la kalau tak, tak faham apa yang doctor cakap. Seriously. Terbelit-belit lidah. Medic Rocks ! hahaha. Study leave for exam nak dekat seminggu , ulangkaji pelajaran macam nak gila tapi exam? 30 minutes je =.=' Rasa macam nak lempang tak? 

ooopss, Terlupa nak bagitau something. Kami diAnak tirikan. Sedih tak? Sebab? Kami foreigner. Harga buku memang tak berbaloi langsung ! Jual kat egyptian 30Genih je tapi kami? 70genih! Bapak cekek darahnya. Then kami wajib buat medical checkout. Bayar 30genih then nak tau tak apa je yang dichecknya? Mata and jantung je? Agagagagga. Sungguh kami rasa memang pihak universiti suka makan duit foreigner macam kami! Hatttuii! T.T 

Our weekend is only on FRIDAY! Jadi, bila tibanya hari jumaat, kami rasa macam segala benda nak buat. Time tuh la nak beli barang rumah, basuh baju, kemas baju and of cause la STUDY! Kami baru First year. Akak senior cakap, nanti second +++ year lagi la busy. Hectic kan? This is how's medic student's life T.T 

Pengangkutan?
Kami biasa nya jalan kaki je. Save budget. hehe. Tak pon naik tram aka LRT versi buruk. Murah sangat . 25sen je ! Tak kesah la nak behenti mana-mana stesen. And satu je yang aku puji , ada satu gerabak yang khas for ladies only :) oleh itu, kami selamat daripada jejaka diluar sana . Alhamdulillah :) Tapi yang paling tak suka kalau naik tram adalah time waktu kemuncak! Memang tram tuh macam ikan sardin! Padat gila padat ! 


Dikala tram kosong. Heaven^^

Tremco? Apa tu? 
This is what we called Tremco.
Naik tremco mahal sikit tau. Dalam 1 genih setengah. And kebiasaanya tremco hanya ada dekat jalan tepi pantai je. Kalau nak pi kelas, memang idok ler. 

ooo0pps. I forgot to tell about the money currency. 


RM 1 = 2.02 Genih or EGP.

Apa lagi ea nak cerita?! *Garu kepala* Rasa macam banyak je tapi bila dah start menaip neh, tak tau dah apa yang bermain difikiran ...

Cuaca? Suhu?
Mesir ada 4 musim. Tapi yang obvious nampak adalah time winter and summer. Autumn and spring nampak la kalau pergi hadiqah aka taman :)

And now, It's winter ! Sejukkkkkk.. Sebab rumah kami dekat dengan laut.  Kalau dekat cairo, hujan hanya turun time pertukaran musim but alexandria? Tak terkira hujan. Memang selalu sangat hujan and I tak suka! Bukan tak suka hujan, tapi tak suka bila jalan yang berdebu dibasahi air. erghhhh =.=' Sungguh lecah. Winter memang best tidur sebab malam panjang dari siang. Subuh pukul 5.10am and maghrib pukul 5.00pm. Awal kan maghrib? isya' pukul 6.30pm. 

Makanan? 
This is my feberet topic! Makanan orang arab memang tiptop! Mantap! Sedap! Murah! BAnyak! haha. Memang tak mati kebulur la duduk sini. Buah-buahan pun memang banyak and yang paling penting murah sangat. *I'm a fruit lover* Dan yang paling saya suka adalah ASIR aka jus ! Sedap sangat . Memang natural manis. Tak tambah gula apa. Pekat and nikmat sangat ...

Safety?
Ermm. Well, this is Egypt! Orang arab agak ganas and besar-besar. Cara diorang cakap gaya nak gaduh je. Kadang-kadang kami confuse whether diorang neh gaduh ke cakap biasa-biasa. haha. Kami pun macam dah lali dah dengan gaduh-gaduh neh. Berhenti kereta tengah jalan then pergi bergaduh dengan orang kat luar =.=' Tapi jarang yang sampai bertumbuk, biasa nya just gaduh mulut je. hurmmm. Orang yang paling jahat kat mesir neh adalah pemandu teksi and orang yang paling baik kat mesir pun adalah pemandu teksi.

Sekarang musim pilihan raya Mesir. So, faham-faham je la diorang neh. Ada yang membangkang, ada yang menyokong. Yang membangkang akan terus membangkang dan buat la rusuhan sana-sini. Bakar bangunan, kereta, bas etc.... And because of that, pergerakan kami terhad, universiti cuti, jadual kuliah habis tunggang-langgang!! Dugaan. Tapi, kami selamat :) 

I think that's all for this post. Panjang sangat plak nanti nak membaca. hehe . 
Will update sooner or later.
TTYL . Tata for now ;D




1 comment:

none said...

kikiki aku bace dgn penuh perasaan tahuu.haha