Salam alaik.
This post is about Egypt. Saya rasa dunia telah digegarkan dengan pergulingan Dr Morsi, Presiden Mesir yang sah oleh Angkatan Tentera.
Bagi mereka yang tidak tahu, boleh la ambil cakna kerana hal ini tidak hanya berkaitan dengan mesir semata-mata. Ini ada kaitannya dengan ISLAM ! dengan ummah !
Saya tidak ingin menceritakan secara detail tentang hal ini kerana saya yakin ada orang yang lebih layak untuk menceritakannya. Cuma satu yang saya pinta, mohon jangan mempercayai sebulat-bulat cerita oleh mana-mana pihak. Kebenaran hanya Allah yang tahu.
Di malam hari ketika keputusan oleh Angkatan tentera diumumkan, kami menanti dengan penuh sabar. Hanya Allah yang tahu bertapa kami berharap agar Dr Morsi tidak diletakkan jawatan. Hanya Allah yang tahu bertapa kami memohon agar kabulkan doa penyokong Dr Morsi di Rabaah Adawiyah dan hancurkan rancangan jahat laknatullah pembangkang!
Kencang twitter/ facebook dengan semangat pelajar malaysia yang berada di mesir. Sekencang angin.
Dan detik keputusan itu diumumkan (dalam bahasa arab so kami tunggu update dalam bahasa melayu) , kedengaran sorakan kegembiraan, balingan mercun, bungi api dan hon-hon kereta serta kenderaan. Ya Allah, meriah sungguh. Dan itu membuatkan kami tertanya-tanya, apa yang mereka gembirakan? Menangkah Dr Morsi? atau sebaliknya?
Disaat kami membaca update status di facebook yang mengatakan Angkatan Tentera mengambil alih kerajaan mesir, masa bagai terhenti seketika. jantung, hati dan segala organ jatuh bagaikan kaca terhempas ke batu. Pecah berderai.
hanya air mata yang dapat dibayangkan di setiap wajah pelajar malaysia di mesir.
Pilu ya Allah. Sedih ya Allah. Geram ya Allah.
Twitter dan facebook sekali lagi dibanjiri dengan kesedihan mereka.
dan disaat itu, aku bersyukur.
kerana Mesir mengajar aku erti ummah, erti persaudaraan islam.
dan aku dapat lihat bertapa mereka bersemangat dan sanggup jihad dijalanNya demi mempertahankan mesir dan ISLAM !
AllahuAkbar!
SubhanAllah :')
dan bahawasanya, kami sebenarnya ada jihad kami tersendiri. Tak lain tak bukan, esokkan hari adalah hari peperiksaan kami. Tapi kami hanya mampu berdoa semoga Allah membantu hambaNya diluar sana yang inginkan syahid dan mempermudahkan urusan kami iaitu peperiksaan akhir semester.
aminn
Doakan . Do Doakan mesir . Doakan Pimpinan Dr Morsi . Doakan kami .
No comments:
Post a Comment