Monday, July 7, 2014

Behind the scene : Second Year , Faculty of Medicine, Alexandria University

Pada suatu petang, aku mendapat berita ahli usrahku kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke airport untuk pulang ke Malaysia. Ku jangka kemalangan biasa tapi rupanya kemalangan serius yang membabitkan 6 orang pelajar pergigian universiti Iskandariah, tempat aku belajar.

Antara 6 mangsa tersebut, dua darinya merupakan ahli usrahku. Allahu, terkedu sewaktu menerima berita tentang keadaan mereka. Patah rahang, patah tangan, pneumothorax (paru-paru berair), dan ada yang mengalami intracranial bleeding sehingga tidak sedarkan diri.

Setelah beberapa hari, aku pergi melawat kakak usrahku dan sungguh terkedu melihat wajahnya yang sangat lain ! mukanya bengkak, matanya lebam, bibirnya terbelah, giginya patah. Sungguh aku tiada kata. 

untuk dipendekkan cerita, alhamdulillah mereka semua semakin pulih dan sudah kembali bersama keluarga tercinta di Malaysia. 

Tapi dalam kegembiraan itu, kami dihebohkan lagi dengan berita yang memeritkan hati. Salah seorang mangsa yang mengalami intracranial bleeding dan masih belum sedarkan diri telah kembali ke rahmatullah. Innalillah. Sungguh walaupun aku tidak kenal tetapi arwah merupakan batch kami. Rasa kehilangan. Penuh timeline twitter dan facebook dengan kesedihan.  

Dan lebih menyayat hati, kedua ibubapa arwah bersama arwah semasa menghembus nafas terakhir. Berdasarkan berita mereka yang berada di hospital, ibubapa arwah sangat tenang malah redha dengan pemergian anaknya. Tiada titisan air mata yang dijatuhkan dihadapan kami. Malah mereka yang menenangkan rakan-rakan yang pergi melawat jenazah. Allah, tenang.

Aku tidak sempat untuk melihat jenazah semasa di hospital, jadi aku mengambil ikhtiar untuk ikut bersama mengiring jenazah ke cairo bagi solat jenazah dan akan dihantar pulang ke Malaysia .

Walaupun dalam fitrah peperiksaan, sungguh hati aku kuat ingin mengiringi jenazah. Terasa hiba sepanjang perjalanan apabila memikirkan umur arwah yang setahun tua dari aku tapi telah kembali menemui Pencipta.

Banyak perkara yang aku pelajari, muhasabah kerana mati itu sebaik-baik peringatan.

Sewaktu jenazah sampai di perkarangan ARMA untuk disolat jenazah, aku tidak dapat menahan sebak. Air mata turun laju bagaikan hujan. Sayu melihat wajah kedua ibubapanya. Masih tenang. Allah.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan ahi syurga, semoga Allah mengampunkan dosanya, semoga Allah merahmatinya. 

Semoga kita juga digolongkan dalam kalangan ahli syurga dan diampunkan dosa kita .

Sekian, 
8 Ramadhan 1435h
6 Julai 2014
Berseorang dirumah , menunggu waktu untuk pulang ke Tanah Air pada 11 julai, insha Allah. 

No comments: